Skip to main content

Singapura

Usaha cegah penipuan dipergiat dengan kerjasama polis, wakil bank

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Sep 2022 07:35PM Dikemas Kini : 06 Sep 2022 11:00PM
SINGAPURA: Markas Anti-Penipuan dibuka secara rasmi pada Selasa (6 Sep) di mana para wakil dari enam bank bekerjasama dengan pihak polis di pejabat itu.

Sejak Julai lalu, usaha menjejak aliran dana dalam lebih 40 kes membawa kepada rampasan lebih S$1.5 juta daripada akaun bank serta dompet elektronik.

Lebih 60 peratus wang yang lesap dapat dipulangkan dalam kes-kes itu.

Menurut polis, kehadiran para wakil bank bersama-sama dengan pegawai-pegawai polis adalah langkah besar dalam mempergiat usaha mencegah penipuan.

Selain itu, Agensi Teknologi Pemerintah juga mengerahkan kakitangan di pejabat tersebut untuk menangani penipuan membabitkan Singpass.
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita