Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha bersama diperlukan untuk tangani ancaman keselamatan: Amrin

Pengganasan dan jenayah siber adalah dua kebimbangan utama di rantau Asia-Pasifik.

Anggaran Waktu Membaca:
Usaha bersama diperlukan untuk tangani ancaman keselamatan: Amrin

Salah satu pameran di Persidangan keselamatan 'Milipol Asia-Pacific'.

Diterbitkan : 02 Apr 2019 08:10PM Dikemas Kini : 02 Apr 2019 08:21PM

SINGAPURA: Pengganasan dan jenayah siber adalah dua kebimbangan utama di rantau Asia-Pasifik.

Berucap di satu Persidangan keselamatan 'Milipol Asia-Pacific' hari ini (2 Apr), Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin, menekankan pentingnya usaha bersepadu terus dipertingkat untuk menangani ancaman-ancaman tersebut.

"Adalah kekal penting bagi negara-negara untuk meneruskan usaha-usaha bersepadu bagi mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi yang rapat di peringkat dua hala, serantau dan antarabangsa," tegas Encik Amrin.

Tambah beliau lagi: "Tiada satu pun pertubuhan, kumpulan atau negara yang mempunyai keupayaan atau kepakaran untuk menghuraikan atau menangani cabaran-cabaran yang akan timbul pada masa depan, dalam dunia yang pesat berubah dan semakin saling berkait."

Inovasi dalam keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang turut dipamerkan sempena persidangan tersebut.

Ini termasuk sistem Radar Keselamatan yang boleh melakukan imbasan ramai orang pada satu-satu masa untuk mengesan bahan-bahan tersembunyi yang mengancam keselamatan awam, tanpa mengganggu aliran lalu lintas manusia.

Lebih 300 wakil antarabangsa dan serantau menghadiri persidangan itu yang berakhir pada 4 April. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan