Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha berbilang agensi dilancar bagi pacu inovasi makanan

Pemerintah melancarkan usaha berbilang agensi untuk memacu inovasi makanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Usaha berbilang agensi dilancar bagi pacu inovasi makanan
Diterbitkan : 26 Apr 2018 08:00PM Dikemas Kini : 26 Apr 2018 08:03PM

SINGAPURA: Pemerintah melancarkan usaha berbilang agensi untuk memacu inovasi makanan.

Dipanggil FoodInnovate, inisiatif tersebut akan diterajui oleh Enterprise Singapore dan akan membantu firma tempatan menyesuaikan perniagaan mereka apabila berdepan gangguan industri.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan demikian hari ini (26 Apr) di Sidang Puncak Masa Depan bagi Makanan Asia di Hotel Grand Hyatt.

Encik Heng berkata FoodInnovate akan memanfaatkan strategi serampang empat mata. Ini termasuk melengkapkan syarikat dengan prasarana fizikal untuk mengakses teknologi dan kefahaman tentang pasaran dengan lebih baik.

Ia juga akan menyediakan wadah untuk menggalak idea-idea baru dan membangunkan pangkalan bagi syarikat-syarikat pemula teknologi agromakanan di Singapura.

Di persidangan itu, Encik Heng juga membincangkan tentang isu-isu yang boleh menjejas industri makanan pada masa akan datang, seperti perubahan iklim dan bertambahnya pembandaran.

"Syarikat-syarikat pengilang makanan perlu mencari cara untuk menghasilkan makanan dengan meninggalkan kesan kecil terhadap sekitaran. Mereka juga perlu mengenali semula pelanggan mereka dan mencari cara untuk memenuhi permintaan yang berubah-ubah," kata Encik Heng.

Beliau menambah, inovasi penting untuk berdepan cabaran-cabaran baru dan merebut peluang-peluang mendatang.

Dalam industri makanan Asia, syarikat-syarikat mempunyai sejarah dan tradisi sendiri, katanya.

"Menerusi memperbaharui yang lama dan mewujudkan yang baru, industri makanan Asia boleh menjangkakan masa depan yang baik. Kita mesti menerima hakikat perlunya "gangguan" atau "perubahan" untuk berani mencabar status quo; mempertingkatkannya dan berinovasi." 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan