Usaha bantu rakyat SG jadi pemimpin korporat global dilaksanakan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelbagai saranan demi membantu lebih ramai penduduk Singapura menjadi pemimpin korporat global sedang dilaksanakan.
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata membangunkan bakat-bakat sedemikian akan menjadi lebih penting lagi, kerana Hasil Dalam Negara Kasar (GDP) Asia diunjurkan berkembang membentuk 50 peratus GDP dunia dalam 10 tahun akan datang.
Saranan-saranan yang dikemukakan termasuk mendorong lebih ramai orang untuk memanfaatkan peluang di luar negara dan rangkaian masyarakat untuk menimba pengalaman.
Syarikat-syarikat di Singapura pula perlu memikat dan mengekalkan kakitangan yang mempunyai pendedahan antarabangsa.
Saranan lain yang lakar termasuk menggesa pemerintah agar meningkatkan sokongan dalam membantu keluarga rakyat Singapura yang berpangkalan di luar negara, berintegrasi semula di sini.
Semua itu diumumkan semasa acara Perikatan untuk Bertindak bagi Pembangunan Kepimpinan Perniagaan pada Jumaat (9 Jun).
"Memperluas dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam sektor korporat kita penting untuk ekonomi kita," kata Encik Heng.
"Untuk ekonomi kita berkembang, dan untuk kita mengadakan pekerjaan-pekerjaan baik di Singapura, untuk rakyat Singapura, dan untuk mereka yang datang ke Singapura untuk bekerja dengan kita. Dan kita mesti kekal terbuka untuk menyambut ketua dan pakar terbaik dari merata dunia untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kita," tambahnya.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.