Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha bantu pekerja gaji rendah tidak semudah hanya tetapkan gaji minimum, kata DPM Wong

Anggaran Waktu Membaca:
Usaha bantu pekerja gaji rendah tidak semudah hanya tetapkan gaji minimum, kata DPM Wong

Gambar: DPM Wong/Facebook

Diterbitkan : 24 Sep 2022 07:44PM Dikemas Kini : 24 Sep 2022 11:04PM
SINGAPURA: Meningkatkan taraf hidup pekerja bergaji rendah bukan sekadar menetapkan gaji minimum yang mungkin boleh membawa kesan tidak diingini.

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata usaha itu tidak setakat merapatkan jurang gaji tetapi juga memerlukan rundingan meluas dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Ini demi memperbaiki keadaan di tempat kerja dan peluang kerjaya mereka.

DPM Wong berkata demikian di bengkel Perikatan bagi Tindakan untuk pekerja bergaji rendah.

Ruang rehat yang nyaman dan dilengkapi pelbagai peralatan sesuai.

Ia adalah satu daripada sembilan inisiatif masyarakat di bawah Perikatan bagi Tindakan untuk pekerja bergaji rendah yang melibatkan sekitar 40 sukarelawan daripada kesatuan sekerja, pelbagai syarikat dan masyarakat.

"Kami bukan membuat huraian daripada pihak atasan tetapi kami bekerjasama melibatkan tiga pihak iaitu pemerintah, majikan serta pemimpin kesatuan sekerja dan pekerja," kata Encik Wong dalam satu sesi bengkel pada Sabtu (24 Sep) bersama para sukarelawan.

"Kami bersama-sama berbincang, memahami keputusan satu sama lain. Kami menilai buruk baiknya dan kemudian kami mencuba sebaik mungkin untuk melangkah ke hadapan secara bersama-sama," tambah beliau.

Menurutnya lagi pendekatan itu mungkin
memerlukan masa lebih lama untuk membuahkan hasil, huraiannya mampu bertahan lama.

"Ini kerana kami perlu membina kata sepakat. Kami perlu membawa orang ramai bersama. Ia mungkin mengambil masa lebih lama tetapi saya rasa ia satu pendekatan yang menghasilkan huraian yang dapat bertahan lama," ujarnya.

Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad pula berkata usaha meningkatkan taraf hidup golongan bergaji rendah memerlukan perubahan pemikiran awam.

"Amatlah penting bagi masyarakat kita juga memandang mereka dari lensa yang berlainan. Jangan menganggap mereka sebagai pekerja bergaji rendah tetapi pekerja yang mempunyai kemahiran tertentu," kata Encik Zaqy.

"Pekerja yang memberi kita khidmat penting di Singapura dan mereka juga berbakti kepada kita sebagai masyarakat dan negara. Mereka mempunyai tanggungjawab yang penting juga di mana mereka menyokong kita terutama sekali seperti di situasi pandemik yang dahulu," tambah beliau.

Menurut Encik Zaqy inisiatif seperti Tanda Gaji Progresif diharap dapat menghentikan pemikiran sedemikian selain mengiktiraf syarikat-syarikat yang membayar gaji progresif kepada pekerja bergaji rendah serta memberi mereka layanan yang lebih baik.
Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan