Usaha baharu beri syarikat peranan besar untuk banteras kencing manis
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu pergerakan baharu akan memberikan syarikat-syarikat peranan lebih besar dalam usaha membanteras penyakit kencing manis.
Ia bertujuan untuk mengekang kes kencing manis yang semakin meningkat di negara ini.
Syarikat-syarikat diberikan tugasan untuk meningkatkan kesedaran dan galakkan pemakanan kurangkan gula, gaya hidup aktif, dan menyokong kakitangan yang menghidapi kencing manis.
Tujuh syarikat telah pun menyertai pergerakan itu, dengan sekurang-kurangnya tiga lagi syarikat bakal turut serta.
Daya usaha "Sugar Smart Nation" dilancarkan pada Jumaat (14 Nov) sempena sambutan Hari Kencing Manis Sedunia.
Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian akan mengurangkan gula di tempat kerja melalui ceramah kencing manis pada waktu makan tengah hari, pemeriksaan kesihatan, dan aktiviti kecergasan dan kesejahteraan.
Ia diharapkan akan memberikan inspirasi kepada orang lain untuk mengikuti jejak langkah ini.
Penyakit kencing manis semakin meningkat di Singapura, dengan kira-kira 700,000 orang dewasa terjejas pada tahun 2024.
Jumlah kes kencing manis dijangka mencecah 1 juta menjelang 2050.
Menteri Negara Kesihatan Rahayu Mahzam berkata: "Syarikat-syarikat ini sedang mewujudkan persekitaran di mana pilihan yang lebih sihat menjadi pilihan yang lebih mudah. Tindakan mereka mewakili lebih daripada sekadar Tanggungjawab Korporat dan Sosial; ia adalah pelaburan strategik dalam kesihatan rakyat dan negara kita.
"Inisiatif "Sugar Smart Nation" menyeru setiap segmen masyarakat untuk tampil dan memainkan peranan mereka dan melengkapi usaha berterusan HPB untuk menggalakkan tabiat gaya hidup yang lebih sihat di tempat kerja."

Sumber : CNA/AA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.