Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Usah kecewa' meski gagal pertahan mahkota Kejohanan Badminton Dunia, kata Loh Kean Yew

Anggaran Waktu Membaca:
'Usah kecewa' meski gagal pertahan mahkota Kejohanan Badminton Dunia, kata Loh Kean Yew

Gambar: AFP

Diterbitkan : 26 Aug 2022 07:23PM Dikemas Kini : 26 Aug 2022 09:14PM
TOKYO: Juara badminton dunia dari Singapura, Loh Kean Yew bertegas beliau "usah kecewa" selepas kalah di tangan pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo pada Jumaat (26 Ogos).

Pemain nombor lapan dunia itu kalah 21-12, 17-21, 21-8 kepada pemain muda Thailand, Vitidsarn dan Loh menegaskan bahawa beliau "tidak berasa tertekan" untuk mempertahankan mahkotanya selepas memenangi gelaran tersebut di bandar Huelva, Sepanyol pada tahun lalu.

"Minggu ini baik-baik saja" kata pemain Singapura yang berusia 25 tahun itu sambil mendedahkan bahawa beliau bergelut untuk mengatasi tiupan angin dalam Gimnasium Metropolitan Tokyo.

"Saya hanya cuba memberikan yang terbaik dan itu yang paling penting."

Menurut Loh: "Matlamat saya adalah untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan dan menjadi lebih baik setiap hari."

Vitidsarn yang berusia 21 tahun adalah bekas juara dunia remaja sebanyak tiga kali dan disebut-sebut sebagai salah seorang pemain muda terbaik di dunia.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan