Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Urus niaga di beberapa terminal NETS terjejas; khidmat sedang dipulihkan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perkhidmatan berkaitan NETS di kira-kira lima peratus daripada rangkaian terminal syarikat tersebut telah terjejas sejak Isnin pagi (23 Sep), dengan urus niaga QR, PIN dan tap terganggu.

Dalam satu hantaran Facebook pada 10.12 pagi, NETS menasihati para pelanggan agar menggunakan bentuk alternatif pembayaran seperti wang tunai atau Kod Respons Pantas Singapura (SGQR).

"Isu tersebut dikesan pagi ini. Kami sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan tersebut secepat mungkin dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku," nyata syarikat tersebut sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp.

Seorang pembaca CNA yang bertugas di sebuah syarikat runcit, yang meminta agar identitinya tidak didedahkan, berkongsi bahawa kebanyakan daripada cawangan mereka mula berdepan masalah memproses urus niaga kad kredit dan melakukan penyelesaian berkumpulan sekitar pukul 7.00 pagi.

Isu tersebut terutamanya melibatkan kad DBS dan POSB dan ia masih belum dipulihkan setakat tengah hari Isnin.

"Sebaik sahaja (kami) periksa dengan vendor sokongan kami, vendor sokongan itu juga telah berkongsi bahawa peniaga lain telah melaporkan isu serupa mengenai gangguan pembayaran NETS," katanya.

"Sehingga kini, kami masih tidak dapat melakukan transaksi NETS dan kad."

Dalam satu hantaran Facebook, DBS menyatakan pihaknya telah memaklumkan bahawa transaksi pembayaran menerusi sebilangan terminal NETS tidak boleh dilakukan buat sementara waktu.

"Anda boleh terus menggunakan DBS/POSB digibank dan PayLah! untuk imbas dan bayar kod SGQR. Anda juga boleh buat pembayaran menerusi PayNow," tambah bank tersebut.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan