Skip to main content

Singapura

URA usul Golden Mile Complex dipulihara; insentif akan ditawarkan

Golden Mile Complex akan disarankan untuk menjalani kerja-kerja pemuliharaan atas "kepentingan sejarah & seni bina", menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (9 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
URA usul Golden Mile Complex dipulihara; insentif akan ditawarkan

Golden Mile Complex. (Gambar: ET&Co)

Diterbitkan : 09 Oct 2020 10:55PM Dikemas Kini : 09 Oct 2020 10:59PM

SINGAPURA: Golden Mile Complex akan disarankan untuk menjalani kerja-kerja pemuliharaan atas "kepentingan sejarah & seni bina", menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (9 Okt).

URA juga akan menawarkan insentif-insentif perancangan untuk menyokong penggunasuaian dan daya maju komersil bangunan tersebut memandangkan pemilik bangunan tersebut berminat untuk penjualan kolektif.

Pihak berkuasa menyarankan untuk memulihara bangunan utama Golden Mile Complex dengan "keunikan profil bertingkat di atas blok podiumnya" sebagai ciri-ciri penting yang akan dikekalkan.

"Terdapat peluang-peluang untuk menyesuaikan bangunan itu bagi kegunaan baru, memulihara dan mengubahnya serta kawasan Beach Road menjadi lebih bertenaga di mana lebih ramai orang dapat menghargai kekayaan warisannya," menurut URA.

Terletak di Beach Road, bangunan setinggi 16 tingkat itu terletak di salah satu tapak jualan tanah pemerintah yang terawal. Golden Mile Complex, yang selesai dibina pada 1973, mendapat namanya daripada Beach Road yang ditebus guna dari laut, yang dinamakan "Golden Mile".

Bangunan itu direka oleh para arkitek perintis Singapura, Encik Gan Eng Oon, Encik William Lim dan Encik Tay Kheng Soon, dari firma tempatan Design Partnership, yang kini dikenali sebagai DP Architects.

Ia merupakan antara pembangunan campuran besar yang pertama di Singapura yang menggabungkan kegunaan komersil, riadah dan kediaman dalam sesebuah bangunan, menurut URA.

KEPUTUSAN DIBUAT SUSULI KAJIAN "MELUAS" SELAMA 2 TAHUN

Keputusan untuk memulihara Golden Mile Complex dibuat menyusuli kajian secara meluas selama dua tahun yang termasuk berbincang dengan pelbagai pihak berkepentingan dan bekerjasama dengan berbilang agensi, menurut pihak berkuasa.

Bagi mengiktiraf kewajaran di sebalik kerja-kerja pemuliharaan yang diusulkan dan juga minat pemilik bangunan untuk menjualnya secara kolektif, URA menyatakan bahawa ia sedang mengkaji cara-cara untuk memulihara bangunan itu dan pada masa yang sama menyokong penggunasuaian dan daya maju komersilnya, sambil menimbangkan maklum balas yang diterima.

Selain Kerjasama Warisan dan Identiti, para pemilik bangunan, kumpulan warisan dan pemain industri turut dipelawa untuk menyumbang idea.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita