URA terbit buku panduan, rakam sejarah reka bentuk bandar SG
Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menerbitkan empat buku panduan yang merakamkan sejarah reka bentuk bandar di Singapura.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: URA)
SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menerbitkan empat buku panduan yang merakamkan sejarah reka bentuk bandar di Singapura.
Ia menampilkan beberapa kajian kes yang memperincikan cabaran yang membentuk sebahagian besar daerah di negara itu.
Dalam ucapannya di acara Meja Bulat Reka Bentuk Bandar tahun ini, Menteri Kedua bagi Pembangunan Negara Indranee Rajah, menggariskan kepentingan daya kreatif dan inovasi dalam perancangan bandar.
"Kami telah membuat perancangan bagi sebuah bandar yang padat, di mana sekitaran bandar yang padat menjadikan reka bentuk bandar penting dalam memastikan sekitaran hidup bermutu bagi semua rakyat Singapura.
"Pendekatan kami kepada reka bentuk bandar juga termasuk membina daya tahan terhadap cabaran alam sekitar.
"Kami menyepadukan saliran yang telah dirancang dengan teliti dengan koridor hijau bagi bantu menangani risiko banjir, manakala laluan pejalan kaki berteduh serta kehijauan di bandar bantu mengurangkan kes haba bandar," kata Cik Indranee.
Keempat-empat buku panduan itu dilancarkan di acara meja bulat tersebut yang membincangkan topik-topik seperti strategi reka bentuk bandar, mewujudkan ruang hijau dan perancangan bagi sebuah bandar yang lebih terhubung.
Ia juga memberi gambaran terhadap kerumitan yang dihadapi dalam melaksanakan reka bentuk bandar sedemikian.
"Buku-buku panduan ini merupakan dokumentasi paling menyeluruh mengenai usaha reka bentuk bandar Singapura setakat ini.
"Ia memberi gambaran kepada bagaimana strategi reka bentuk bandar disepadukan ke dalam proses perancangan secara keseluruhan, untuk bantu mewujudkan sebuah bandar tersendiri dan meriah, sebuah bandar hijau dan boleh menampung kehidupan, dan sebuah bandar yang terhubung dan mudah untuk diakses," kata Ketua Pereka Bandar URA, Fun Siew Leng.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.