Skip to main content

Singapura

URA semak garis panduan bagi kurangkan jumlah unit rumah yang kecil

Dalam usaha untuk mengurangkan tekanan akibat pembangunan-pembangunan baru dalam infrastruktur tempatan, pihak berkuasa bertindak untuk memastikan berkurangnya jumlah unit kecil yang ditawarkan oleh projek-projek kediaman privet tidak berlaman di luar kawasan bandar.

Anggaran Waktu Membaca:
URA semak garis panduan bagi kurangkan jumlah unit rumah yang kecil

Gambar fail tapak binaan. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 18 Oct 2018 12:26AM Dikemas Kini : 18 Oct 2018 12:28AM

SINGAPURA: Dalam usaha untuk mengurangkan tekanan akibat pembangunan-pembangunan baru dalam infrastruktur tempatan, pihak berkuasa bertindak untuk memastikan berkurangnya jumlah unit kecil yang ditawarkan oleh projek-projek kediaman privet tidak berlaman di luar kawasan bandar.

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menyemak semula panduan bagi hartanah-hartanah sedemikian pada Rabu (17 Okt).

Menurut URA, beberapa perubahan dilakukan dan ia bermatlamat menyederhanakan tindakan mengurangkan pengecilan saiz rumah dan "memastikan agar estet-estet perumahan sesuai didiami".

URA juga mendapati bahawa saiz unit yang ditawarkan dalam projek-projek perumahan privet yang baru semakin kecil.

Jumlah unit kecil yang ditawarkan akan dikurangkan disebabkan oleh semakan dalam formula yang digunakan untuk menghitung jumlah maksimum unit yang dibenarkan bagi bangunan kediaman privet tidak berlaman di luar kawasan bandar.

Dalam pada itu, sembilan kawasan juga sudah dikenal pasti di mana pembangunan-pembangunan baru mungkin menyebabkan tekanan terhadap infrastruktur baru iaitu: Parade, Joo Chiat-Mountbatten, Telok Kurau-Jalan Eunos, Balestier, Stevens-Chancery, Pasir Panjang, Kovan-How Sun, Shelford dan Loyang.

GARIS PANDUAN BAGI RUANG DALAM DAN LUAR PRIVET DISEMAK

URA juga mengubah peraturan yang mentadbir pembangunan ruang-ruang luar privet dengan menyatakan ia mendapati bahawa beberapa bangunan mempunyai "balkoni yang terlalu luas".

Pihak berkuasa menambah bahawa garis panduan yang disemak itu akan memberi para pembeli rumah lebih banyak pilihan unit yang dilengkapi dengan atau tidak mempunyai sebarang balkoni.

Para pemaju juga dikehendaki memaklumkan para pembeli rumah mengenai penghadang balkoni yang dibenarkan pada saat-saat pembelian.

URA menyatakan pihaknya sebelum ini menerima maklum balas daripada para pembeli rumah bahawa mereka kurang pasti mengenai jenis penghadang yang dibenarkan, dan garis panduan yang disemak itu bermatlamat meningkatkan komunikasi antara para pemaju dengan pembeli rumah.

Garis panduan itu akan berkuat kuasa mulai 17 Januari.

Selain itu, URA juga memperkenalkan skim baru bagi menggalak para pemaju supaya menyediakan para penduduk dengan ruang-ruang rekreasi yang dikongsi bersama. URA membolehkan para pemaju untuk mendaftarkan ruang-ruang rekreasi seumpama itu untuk diambil kira sebagai Kawasan Lantai Keseluruhan (GFA) bonus.

Skim itu akan dikuatkuasakan serta merta.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita