Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

URA lancar tapak di Tan Quee Lan Street, dijangka jana 580 unit rumah

Tapak tanah di Tan Quee Lan Street dilancarkan hari ini (29 Mac) untuk penjualan di bawah senarai sah Program Penjualan Tanah Pemerintah bagi separuh pertama 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
URA lancar tapak di Tan Quee Lan Street, dijangka jana 580 unit rumah

Pelan letakan bagi tapak di Tan Quee Lan Street. (Gambar: URA)

Diterbitkan : 29 Mar 2019 06:08PM Dikemas Kini : 29 Mar 2019 06:12PM

SINGAPURA: Tapak tanah di Tan Quee Lan Street dilancarkan hari ini (29 Mac) untuk penjualan di bawah senarai sah Program Penjualan Tanah Pemerintah bagi separuh pertama 2019.

Tapak pajakan 99 tahun itu, yang dikhaskan sebagai pembangunan perumahan dengan kegunaan komersil di lantai pertama, dijangka menyediakan sehingga 580 unit, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Tapak seluas 11,530.9 meter persegi itu mempunyai keluasan lantai kasar 48,430 meter persegi dan ketinggian maksimum 30 tingkat bagi zon bangunan tinggi dan enam tingkat bagi zon bangunan rendah.

Tapak itu dilancarkan selepas URA mendedahkan lebih awal minggu ini bahawa ia merancang untuk membangunkan lebih banyak rumah di kawasan pusat bandar dan Marina Bay di bawah draf pelan induknya.

Terletak bersebelahan stesen MRT Bugis, kedudukannya di kawasan bandar dijangka akan menjadi daya tarikan utama bagi bakal pembida.

PELANCARAN TAPAK ONE-NORTH GATEWAY DITANGGUHKAN

Dalam pada itu, URA juga mengumumkan bahawa tender bagi tapak perumahan di one-north Gateway yang sepatutnya dilancarkan pada bulan Mac akan dijadualkan semula kepada Jun 2019 bagi "memudahkan penilaian semula perancangan dan syarat tender bagi tapak tersebut."

Pelan induk bagi tapak tersebut sudah diubah dari projek pembangunan perumahan kepada campuran kediaman dan komersil.

"Pelancaran tender tersebut kemungkinan besar ditangguhkan bagi membolehkan pihak berkuasa untuk menyepadukan perubahan ini dalam dokumen dan syarat tender," kata Cik Tay Huey Ying, ketua penyelidikan dan perundingan JLL's Singapore.

Tender bagi tapak Tan Quee Lan Street akan ditutup pada 5 Sep, jam 12.00 tengah hari. Tender bagi tapak Bernam Street juga akan ditutup pada hari yang sama. Tapak Bernam Steet dijadualkan untuk penjualan pada Mei di bawah Program Penjualan Tanah Pemerintah bagi separuh pertama 2019. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan