Skip to main content

Singapura

URA lancar penjualan dua tapak tanah kediaman dan dua tapak kediaman-komersil

Penguasa Pembangunan Semula Bandar URA melancarkan penjualan dua tapak tanah kediaman dan dua tapak kediaman berserta komersil di Dairy Farm Walk, Sims Drive, Middle Road dan Tan Quee Lan Street.

Anggaran Waktu Membaca:
URA lancar penjualan dua tapak tanah kediaman dan dua tapak kediaman-komersil
Diterbitkan : 30 Nov 2018 06:15PM Dikemas Kini : 30 Nov 2018 08:47PM

SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Semula Bandar URA melancarkan penjualan dua tapak tanah kediaman dan dua tapak kediaman berserta komersil di Dairy Farm Walk, Sims Drive, Middle Road dan Tan Quee Lan Street.

Tapak-tapak tanah itu dengan tempoh pajakan 99 tahun ditawarkan di bawah program penjualan tanah pemerintah bagi enam bulan kedua 2018.

Tapak-tapak tanah d Sims Drive dan Middle Road dilancarkan di bawah senarai yang diluluskan, sementara tapak tanah di Dairy Farm Walk dan Tan Quee Lan Street adalah di bawah senarai rizab.

Secara keseluruhannya empat tapak tanah itu akan menghasilkan lebih 1,900 unit rumah.

Pakar hartanah menjangkakan tapak tanah di Sims Drive di Geylang dan di Middle Road, akan mendapat sambutan hangat, yang menjana antara 6 dengan bidaan bernilai antara $400 juta dengan $500 juta.

Sumber : CNA/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita