URA beri lampu hijau kepada MBS bina menara keempat dengan sebanyak 587 bilik
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Marina Bay Sands
SINGAPURA: Marina Bay Sands (MBS) telah diberi kebenaran oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) untuk membina menara keempat dengan sebanyak 587 bilik hotel.
Pusat peranginan bersepadu itu menerima kelulusan untuk membangunkan menara di tapak yang bersebelahan dengan Bayfront Avenue, Sheares Avenue dan Sheares Link, menurut data URA yang dikeluarkan pada Jumaat lalu (26 Jan) untuk projek komersial yang belum siap dengan kelulusan pembangunan pada hujung suku keempat 2023. Tapak itu terletak bersebelahan dengan tiga menara hotel sedia ada MBS.
Data URA menunjukkan bahawa menara baharu itu akan dilengkapi dengan 153,100 meter persegi ruang hotel, yang berupaya menampung sebanyak 587 bilik dan 12,185 meter persegi ruang runcit.
Menurut pelan peluasan yang diumumkan pada 2019, menara keempat dijadual menampung 1,000 bilik hotel "semua suite", arena hiburan dengan 15,000 tempat duduk dan "sky roof dengan kolam renang dan restoran istimewa". Ia juga dijangka mempunyai bilik tarian, dewan pameran dan peruncit mewah.
Apabila ditanya tentang pengurangan bilangan bilik daripada 1,000 yang diumumkan sebelum ini kepada 587 bilik, MBS enggan memberikan maklumat lanjut.
Pelan peluasan untuk resort bersepadu Singapura yang lain, Resorts World Sentosa, juga diumumkan pada 2019.
Dijangka menelan belanja kira-kira AS$3.3 bilion (S$4.5 bilion), pelan peluasan MBS terhalang oleh isu yang ditimbulkan oleh pandemik COVID-19. Tarikh penyiapan projek itu mula-mula ditunda dari 2025 hingga 2026, dan syarikat induk MBS, Las Vegas Sands (LVS) kemudian menyatakan bahawa kerja-kerja bagi projek itu tidak mungkin dimulakan pada April 2023 seperti yang dirancangkan ketika itu.
BS akhirnya diberi tempoh sehingga April 2024 untuk memulakan kerja bagi projek itu, dengan tarikh akhir penyiapannya juga dilanjutkan kepada 8 Apr 2028 – tiga tahun selepas tarikh akhir asal pada 2025.
Semasa membentangkan pendapatannya bagi suku keempat 2023 pada Rabu lalu, LVS menyatakan bahawa perbelanjaan dan jadual peluasan MBS "tertakluk kepada semakan berdasarkan kesan pandemik COVID-19 dan faktor-faktor lain".
Laba bersih bagi suku terakhir 2023 adalah AS$1.06 bilion, meningkat daripada AS$853 juta yang dilaporkan pada suku yang sama pada 2019.
Untuk tahun penuh pada 2023, MBS melaporkan EBITDA hartanah terlaras sebanyak AS$1.86 bilion, meningkat daripada AS$1.06 bilion pada 2022.

Sumber : CNA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.