Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

URA beri amaran penipuan libatkan surat kepada pemilik rumah minta pendaftaran penyewa

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) memberi amaran tentang penipuan yang melibatkan surat yang dihantar kepada pemilik rumah privet yang meminta penyewa mereka mendaftar untuk penyewaan.

Surat yang kononnya dari URA memerlukan pemilik rumah privet untuk memindahkan "yuran pengesahan" ke akaun bank untuk "mendaftarkan penyewa mereka", dedah URA dalam maklumannya pada Khamis (5 Dis).

Surat itu mengandungi logo URA, alamat fizikal dan laman web, dan ditandatangani oleh "Andrew Chia" yang mendakwa seolah-olah dia adalah "Ketua, Pendaftaran Sewa (Pengguna)" URA.

Surat itu bukan dari URA, tegas pihak berkuasa, sambil menambah bahawa URA tidak memerlukan pemilik rumah privet untuk mendaftarkan penyewa mereka.

"Kami juga tidak memerlukan bayaran pengesahan," kata URA.

"Selain itu, tiada jabatan 'Pendaftaran Sewa' mahupun kakitangan bernama 'Andrew Chia' di URA."

URA telah membuat aduan polis mengenai perkara itu dan menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap penipuan tersebut.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan