URA akan dapat CEO baharu; ketua perancang seterusnya dilantik
Anggaran Waktu Membaca:
Cik Adele Tan Shiao Ling (kiri) akan menggantikan Encik Lim Eng Hwee pada 1 September 2026. (Gambar: MND dan URA)
SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan mempunyai ketua pegawai eksekutif baharu mulai September, selepas Ketua Pegawai Eksekutif sekarang Encik Lim Eng Hwee berundur diri pada 31 Ogos.
Cik Adele Tan Shiao Ling, yang pada masa ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan ketua perancang, akan menggantikannya, menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan URA dalam satu kenyataan media bersama pada Jumaat (20 Mac).
Beliau mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam perkhidmatan awam dan telah memimpin aliran kerja perancangan dan dasar utama merangkumi kemampanan alam sekitar, mutu kehidupan, perancangan infrastruktur serta perancangan dan pembangunan ruang bawah tanah.
MND dan URA menyatakan bahawa Cik Tan, 52 tahun, telah mempamerkan "kepimpinan strategik dalam menyusun pelan jangka panjang dan pelan pelaksanaan jangka pendek yang selaras dengan keutamaan negara."
Cik Tan sebelum ini berkhidmat sebagai ketua pegawai perancangan infrastruktur di MND.
Encik Lim, 60 tahun, dilantik sebagai CEO URA pada 2017. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan ketua perancang di URA.
Beliau menyelia beberapa kajian semula penggunaan tanah utama, termasuk Draf Pelan Induk 2019 dan 2025, serta Semakan Pelan Jangka Panjang (LTPR) pada 2022.
Encik Lim juga membimbing URA dalam memajukan rancangan untuk nod perniagaan dan kawasan pertumbuhan baharu di seluruh negara, bagi menyediakan lebih banyak pilihan perumahan dan persekitaran hidup yang berkualiti dengan membawa pekerjaan serta kemudahan lebih dekat dengan rumah, menurut agensi-agensi tersebut.
Ini termasuk rancangan untuk Daerah Tasik Jurong, Pangkalan Udara Paya Lebar dan penyegaran kawasan Orchard Road.
Encik Lim juga pernah berkhidmat dalam pelbagai peranan di MND serta Kementerian Perdagangan dan Perusahaan.
Pengarah Kumpulan (Perancangan Fizikal) URA sedia ada, Cik Yvonne Lim Li Chuen akan mengambil alih sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan ketua perancang pada 1 September.
Cik Lim, 49 tahun, memimpin perancangan konsep dan pelaksanaan pelbagai pelan penggunaan tanah.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.