Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

UPLIFT akan diperluas ke 8 lagi estet mulai 2022

Program masyarakat UPLIFT yang memberi bantuan kepada para pelajar kurang bernasib baik dan sering ponteng sekolah akan diperluas menjadi rangkaian seluruh negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Nov 2021 06:04PM Dikemas Kini : 10 Nov 2021 11:13PM

SINGAPURA: Program masyarakat UPLIFT yang memberi bantuan kepada para pelajar kurang bernasib baik dan sering ponteng sekolah akan diperluas menjadi rangkaian seluruh negara.

UPLIFT akan diluaskan ke lapan lagi estet perumahan mulai tahun depan dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 1,800 pelajar setiap tahun apabila dilaksanakan sepenuhnya.

Lapan estet perumahan termasuk Bedok, Punggol dan Yishun akan ditambah kepada empat estet sedia ada di bawah program UPLIFT yang dirintiskan tahun lalu.

Para sukarelawan membantu dengan mendampingi keluarga serta memberikan sokongan sosio-emosi kepada pelajar-pelajar dan keluarga mereka.

Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan satu lagi usaha rintis akan diperluaskan di bawah UPLIFT yang menyediakan sumber tambahan bagi menyokong sekolah-sekolah.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang mengumumkan rancangan peluasan UPLIFT berkata ketidaksamarataan sosial lebih terasa semasa krisis seperti pandemik COVID-19. Beliau merujuk kepada pembelajaran dari rumah sebagai contohnya.

Sesetengah kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada komputer riba atau keterhubungan internet. PM Lee menjangkakan perbezaan itu akan berterusan selepas pandemik.

"Inilah sebabnya mengapa kita mesti terus berusaha memperkasakan kanak-kanak yang membesar dalam keadaan kurang bernasib baik dengan membantu mereka supaya dapat merapatkan jurang permulaan mereka seberapa banyak boleh," ujar PM Lee.

"Ini untuk memastikan mereka mempunyai lebih banyak peluang dan pilihan berbanding ibu bapa mereka serta lebih banyak laluan menuju kejayaan."

PM Lee menambah bahawa setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan bagi memberi setiap kanak-kanak permulaan yang adil.

Bagi pemerintah, kata beliau, pelaburan dalam pendidikan akan diteruskan serta menyediakan sokongan dan sumber tambahan kepada mereka yang memerlukan.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan