Skip to main content

Singapura

Upacara persemadian tentera bagi NSF yang maut dalam kemalangan Bionix

Suasana sayu menyelubungi estet Woodlands pada pagi Selasa (6 Nov) beberapa jam sebelum mendiang Liu Kai, seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) disemadikan mengikut upacara persemadian tentera di Krematorium Mandai.

Anggaran Waktu Membaca:
Upacara persemadian tentera bagi NSF yang maut dalam kemalangan Bionix

(Gambar: Howard Law)

Diterbitkan : 06 Nov 2018 03:55PM Dikemas Kini : 06 Nov 2018 03:58PM

SINGAPURA: Suasana sayu menyelubungi estet Woodlands pada pagi Selasa (6 Nov) beberapa jam sebelum mendiang Liu Kai, seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) disemadikan mengikut upacara persemadian tentera di Krematorium Mandai.

Jenazah mendiang dikelilingi anggota keluarga dan sahabat handai.
Korporal Kelas Pertama (CFC) Liu Kai, 22 tahun, meninggal dunia pada Sabtu (3 Nov) dalam kemalangan melibatkan kenderaan Bionix sewaktu menjalani satu latihan.

Beliau sedang memandu sebuah Land Rover di Jalan Murai, apabila sebuah kenderaan Bionix berundur dan melanggar kenderaannya.

Upacara peringatan diadakan di kolong sebuah blok dan dewan serba guna, di mana sekurang-kurangnya 50 kerusi disediakan.

Sebelum upacara itu bermula, ahli keluarga CFC Liu berkumpul mengelilingi kerandanya. Ibu mendiang yang dipapah daripada kerusi rodanya menangis memandang jenazah anaknya.

Beberapa orang berkumpul di blok bersebelahan. Salah seorang daripadanya ialah pengendali kren, Encik William Mah. Encik Mah, seorang penduduk di kawasan itu berkata beliau ingin memberi penghormatan.

"Sudah tentu, ia amat sedih," kata lelaki berusia 58 tahun itu. "Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku." 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita