Upacara persemadian penuh istiadat bagi mendiang pegawai SCDF; dikenang atas sikapnya tidak pentingkan diri, komitmen terhadap kerja
Pegawai SCDF memberi tabik hormat sedang keranda mendiang tiba di kuil Kong Meng San Phor Kark See pada kira-kira 9.15 pagi. Keranda itu dibawa dari Telok Blangah, di mana upacara untuk memberi penghormatan terakhir diadakan.
Lagu 'Hero' dendangan penyanyi Mariah Carey mengiringi keranda mendiang itu ke kuil tersebut.
Keranda tersebut, yang diselimuti dengan bendera negara, dialihkan ke pengangkut beroda, yang ditarik Red Rhino.
Diiringi pancaragam Pasukan Polis Singapura, perarakan penuh istiadat menuju ke tempat bakar mayat.
Sekitar 150 pegawai dari pelbagai bahagian SCDF berdiri di sepanjang laluan menuju tempat bakar mayat tersebut, memberi tabik hormat ketika gerabak bergerak di hadapan mereka.
Anggota keluarga dan rakan-rakan Kapten Tay berkumpul untuk menerima keranda di luar krematorium tersebut. Ada yang kelihatan penuh emosi dan ada juga yang mengesat air mata mereka.


Ibu bapa mendiang pula dilihat saling memegang tangan satu sama lain. Bapa mendiang malah, mengapit Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Muhammad Faishal Ibrahim ketika melihat pengusung keranda membawa keranda keluar dari gerabak kenderaan.
Pengusung keranda mendiang terdiri daripada rakan sekerja dan rakan kursus mendiang sendiri.
UCAPARA PENGHORMATAN
Sekitar 200 pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberi penghormatan kepada mendiang Kapten Kenneth Tay Xue Qin dalam satu upacara istiadat pada Isnin pagi (20 Mei).
Sistem penggera kebakaran dihidupkan di semua 23 balai bomba SCDF, termasuk di ibu pejabat, ibu pejabat bahagian dan Akademi Pertahanan Awam.
Mendiang Kapten Tay, 30 tahun, meninggal dunia semasa bertugas pada awal pagi 16 Mei.
Beliau adalah sebahagian daripada kru respons pertama yang dikerahkan, untuk memadamkan kebakaran di bilik enjin sebuah kapal tangki berdaftar China yang berlabuh di perairan Singapura.
Acara bertafakur selama seminit diadakan selepas bunyi penggera kebakaran dihidupkan, dan pegawai di unit-unit lain di serata Singapura juga sama-sama bertafakur.

Tambah beliau, mendiang dikenang atas sikapnya yang tidak mementingkan diri, tahap profesionalisme dan komitmen semasa menjalankan tugas.

"Ini jelas memaparkan semangat serta kesungguhan yang mendalam dalam misi pasukan menyelamatkan nyawa itu."
Menyusuli ucapan Pesuruhjaya Yap, semboyan dari dua Red Rhinos dibunyikan sebagai satu penghormatan terakhir kepada mendiang Kapten Tay.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.