UOL dan Pan Pacific Hotels lancar program sokong kanak-kanak di rumah sewa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat pemaju UOL dan Pan Pacific Hotels sedang bekerjasama dengan Comlink untuk menyediakan pelbagai aktiviti percuma bagi kanak-kanak yang tinggal di rumah sewa.
Ini sebahagian usaha untuk membina keyakinan mereka, di samping memastikan mobiliti sosial.
Projek ini akan bermula di Jurong West, di mana terdapat sekitar 60 kanak-kanak.
Dengan kerjasama korporat antara UOL dengan Pan Pacific Hotels ini, pelbagai aktiviti seperti panjat batu, kelas membuat tembikar serta bermain gendang akan ditawarkan.
Ia akan diadakan di pelbagai tempat di bawah UOL dan juga Pan Pacific Hotels.
Para sukarelawan yang juga merupakan kakitangan syarikat-syarikat ini juga akan mengambil bahagian.
Segala usaha dijangka menelan belanja kira-kira $150,000 dalam tempoh tiga tahun.
Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial menyifatkan kerjasama ini sebagai satu "pencari laluan".
Ini kerana ia melibatkan pelbagai rakan kongsi bagi tujuan yang sama.
"Menyumbang kembali dengan memanfaatkan kumpulan pelanggan, rakan kongsi atau pembekal anda.
Saya rasa jika kita semua melibatkan diri, ia boleh membuat perubahan kepada 14,000 keluarga (di bawah) ComLink yang akan raih manfaat dan bayangkan kesannya apabila anak-anak ini akan menikmati kehidupan yang jauh lebih baik dan memacu Singapura dalam beberapa dekad akan datang," kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.
Selain itu, kanak-kanak yang tidak cemerlang di sekolah juga diiktiraf dengan dihadiahkan cuti 'staycation' serta hadiah F&B bukan sahaja untuk anak-anak, malah juga keluarga mereka.

Sumber : CNA/IA/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.