UOB tawar 200 kerja fleksibel kepada wanita dengan tanggungjawab jaga anak, ibu bapa
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail UOB. (Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Bank UOB pada Rabu (26 Okt) menyatakan ia menawarkan 200 pekerjaan di Singapura dengan aturan kerja fleksibel bagi wanita yang mempunyai tugas menjaga ibu bapa dan anak-anak.
Jawatan yang ditawarkan meliputi pekerjaan sepenuh masa, kerja sambilan dan tugas gig di pelbagai unit bank tersebut. Ini termasuk bekerja di barisan hadapan, mengendalikan acara dan operasi bank tersebut.
Inisiatif itu merupakan lanjutan kepada program gig UOB yang dilancarkan pada November tahun lalu untuk menyediakan aturan kerja fleksibel bagi pekerja yang sudah bersara.
Menurut UOB, kerja-kerja di bawah inisiatif itu "disediakan khas" bagi wanita yang memerlukan aturan kerja lebih fleksibel kerana perlu menjalankan tanggungjawab menjaga ibu bapa dan anak mereka di rumah.
Waktu kerja boleh diubah suai mengikuti keperluan. Ini bermakna pekerja wanita boleh mengambil aturan kerja separuh hari secara tetap, bekerja sepenuh masa atau sambilan mengikut waktu kerja pilihan mereka, atau memilih lakukan tugas gig bagi sesuatu projek.
Pekerja di bawah program tersebut akan menerima "gaji sama rata" dan menikmati faedah seperti pekerja lain yang memegang jawatan sama. Ini termasuk hari cuti dan perlindungan insurans perubatan, tertakluk kepada status pekerjaan mereka, menurut UOB.
Pekerja baru juga akan menjalani program bersama Mums@Work- sebuah portal kerjaya yang akan memadankan wanita yang mencari kerja fleksibel dengan bakal majikan mereka bagi menyediakan mereka untuk kembali bekerja.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.