Skip to main content

Singapura

UOB sangkal tuduhan 'tidak berasas, fitnah' oleh bekas CEO Yang Kee Logistics

United Overseas Bank (UOB) menyangkal tuduhan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yang Kee Logistics Ken Koh, sambil menyatakan ia "tidak berasas dan merupakan fitnah".

Anggaran Waktu Membaca:
UOB sangkal tuduhan 'tidak berasas, fitnah' oleh bekas CEO Yang Kee Logistics

Bekas CEO Yang Kee Logistics membuat tuduhan terhadap UOB dan eksekutif kanannya. (Gambar: Facebook/Yang Kee Logistics, iStock)

Diterbitkan : 28 Mar 2025 06:13PM Dikemas Kini : 28 Mar 2025 06:17PM
SINGAPURA: United Overseas Bank (UOB) menyangkal tuduhan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yang Kee Logistics Ken Koh, sambil menyatakan ia "tidak berasas dan merupakan fitnah".

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) juga mengeluarkan kenyataan pada Jumaat (28 Mac) bagi menjelaskan bahawa badan kawal selia itu sudah memberi respons kepada isu yang dikemukakan oleh Encik Koh.

Respons itu dibuat selepas laman The Online Citizen menerbitkan rencana dan video pada Khamis (27 Mac), di mana ia mendakwa UOB bertindak secara bertentangan dengan kepentingan Yang Kee Logistics.

"Kami menyangkal tuduhan Encik Ken Koh kerana ia tidak berasas dan adalah fitnah," kata seorang jurucakap UOB dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp.

"Pihak bank telah mengeluarkan surat amaran kepada Encik Koh dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadapnya dan mana-mana pihak yang menerbitkan tuduhan itu," kata jurucakap berkenaan.

Dalam satu catatan Facebook, UOB sebelum ini menyatakan ia maklum mengenai "tuduhan tertentu dikemukakan terhadap bank itu".

Catatan itu menambah, UOB mengambil serius sebarang maklum balas dan keprihatinan yang diterima dan UOB juga komited berkhidmat dengan integriti dan keadilan kepada para pelanggan.

Dalam video yang dimuat naik oleh The Online Citizen, Encik Koh membuat beberapa tuduhan terhadap UOB dan kelakukan pegawai eksekutifnya berhubung penjualan harta benda Yang Kee kepada syarikat hartanah logistik Logos, termasuk pengendalian maklumat sulit.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita