Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

UOB rancang gajikan semula bekas pekerja sudah bersara melalui model pekerjaan 'gig'

Salah sebuah daripada tiga bank terbesar Singapura merancang untuk mengambil semula para pekerjanya yang sudah bersara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Nov 2021 07:35PM Dikemas Kini : 05 Nov 2021 08:43PM

SINGAPURA: Salah sebuah daripada tiga bank terbesar Singapura merancang untuk mengambil semula para pekerjanya yang sudah bersara.

Mereka akan ditawarkan peluang-peluang pekerjaan jangka pendek dan berdasarkan projek mulai tahun depan.

Bank UOB menyatakan model pekerjaan 'gig' itu adalah yang pertama seumpamanya dalam kalangan bank-bank di Singapura.

Skim kerja fleksibel sedang dirintis bagi kakitangan khidmat pelanggan.

Menurut UOB, model itu akan dilancarkan sepenuhnya pada separuh pertama tahun depan.

Ia akan menawarkan faedah jagaan kesihatan dan insurans bagi para pekerjanya.

Pekerjaan itu memerlukan kepakaran teknikal mendalam dan pengalaman luas dalam bidang-bidang seperti latihan proses dan sistem, operasi dan runding cara projek.

"Aspek penting adalah melaksanakan proses sistematik bagi perbualan tentang kemahiran dan kerjaya dengan para pekerja dewasa dan lanjut usia.

"Perbualan ini, pendampingan ini, akan membantu para majikan mengenal pasti lebih awal keperluan kemahiran dan rancangan latihan bagi pekerja sedemikian.

"Perbualan ini juga boleh membawa kepada perubahan pekerjaan atau pada peringkat sistem untuk lebih memanfaatkan pekerja berpengalaman dan terlatih secukupnya," kata Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan