Skip to main content

Singapura

Universiti SG jangka peningkatan pendaftaran pelajar China tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa universiti swasta di Singapura menjangkakan lebih banyak pendaftaran pelajar dari China tahun ini.

Sedang China membuka semula sempadannya pada Ahad (7 Jan), satu kumpulan pelajarnya juga sedang membuat persiapan untuk pulang walaupun kes jangkitan COVID-19 di China telah melonjak.

Pelajar jurusan perniagaan Hua Jingyi merancang untuk pulang ke Shanghai Jumaat depan.

Sudah tiga tahun beliau tidak dapat menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya.

Dengan pembukaan semula sempadan China, seseorang hanya perlu hasil negatif bagi ujian PCR COVID-19.

Beliau juga membeli ubat-ubatan untuk dibawa pulang.

"Di China, ini baru permulaan. Semakin ramai yang dijangkiti COVID-19, dan mereka rasa kurang selesa seperti para anggota keluarga saya. Jadi saya belikan ubat-ubatan seperti untuk demam dan batuk," ujar Hua Jingyi, seorang pelajar yang sedang menuntut di Kaplan Singapore.

Cik Hua mengaku tidak merasa takut untuk pulang selama tiga minggu, kerana beliau telah mendapatkan vaksin.

Namun ramai pelajar dari China di Singapura masih mengambil sikap berhati-hati kerana lonjakan kes COVID-19 di kampung halaman mereka.

Pihak universiti juga tidak menjangkakan ramai yang akan pulang kerana sekolah akan bermula tidak lama lagi.

Malah, menurut mereka, lebih ramai pelajar dari China yang akan mendaftar untuk meneruskan pengajian di sini.

Universiti James Cook contohnya, menjangkakan peningkatan 20 peratus pelajar dari China.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita