Skip to main content

Singapura

Universiti SG cemerlang dalam ranking dunia QS berdasarkan kursus

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Mar 2025 07:13PM Dikemas Kini : 13 Mar 2025 01:00AM
SINGAPURA: Universiti-universiti Singapura tampil cemerlang dalam senarai terkini ranking dunia QS berdasarkan kursus.

Hampir sepertiga kursus yang ia tawarkan menduduki 10 tangga teratas.

Malah, kursus seperti Sejarah Seni dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Sains Bahan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) meraih tangga kedua teratas.

Sebanyak 114 penyertaan merentasi 49 kursus daripada enam universiti tempatan tersenarai dalam ranking tersebut, dengan 30 peratus berada dalam 10 teratas dalam bidang masing-masing.

Ini merupakan kadar tertinggi di antara semua negara dan wilayah yang terlibat.

Lebih separuh kursus turut menyaksikan peningkatan dalam kedudukan berbanding tahun lalu.

KURSUS NUS TAMPIL CEMERLANG

Kursus Sejarah Seni di NUS menduduki tempat kedua di peringkat global.

Kejuruteraan Sivil & Struktur serta Dasar Sosial & Pentadbiran berada di tempat ketiga terbaik di dunia.

Kejururawatan melonjak dari tempat ke-20, ke tangga kelapan.

Secara keseluruhan, 46 kursus NUS tersenarai dalam ranking QS itu.

48 SUBJEK NTU TERSENARAI

Bagi NTU pula, kursus Sains Bahan menduduki tangga kedua di dunia.

Kursus Perpustakaan dan Pengurusan Maklumat kendaliannya berada di tempat ketiga, manakala Kejuruteraan Mekanikal naik lapan tangga untuk menduduki tempat keempat.

NTU juga merupakan universiti dengan paling banyak kursus dalam senarai tersebut - 48 subjek kesemuanya.

Penyertaan-penyertaan lain datang dari SMU, SUTD, Maktab Seni Lasalle dan Kaplan Singapore.

Prestasi kukuh itu boleh membantu ekonomi Singapura untuk berkembang maju.
Sumber : CNA/IQ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita