Skip to main content

Singapura

Universiti seni pertama di S'pura ditubuhkan NAFA dan LASALLE, bakal sambut pelajar mulai 2024

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Aug 2022 07:44PM Dikemas Kini : 30 Aug 2022 10:19PM
SINGAPURA: Universiti seni privet pertama di Singapura yang disokong pemerintah bakal menyambut kohort pertama pelajarnya pada Ogos 2024.

Universiti Seni Singapura (UAS) ditubuhkan menerusi perikatan antara Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA) dan Kolej Seni Lasalle.

Permohonan akan dibuka pada suku ketiga tahun 2023.

Demikian menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa (30 Ogos).

Penubuhan universiti tersebut diumumkan pertama kalinya pada 2021 oleh Menteri Pendidikan ketika itu Encik Lawrence Wong semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan.

UAS akan memberi ijazah sarjana muda yang ditawarkan NAFA dan LASALLE. Di samping itu, UAS akan menyediakan "beberapa khidmat berpusat" bagi kedua-dua sekolah, kata MOE dalam satu kenyataan media.

UAS akan menawarkan pelbagai program diperluas dalam bidang seni halus, reka bentuk, seni media, seni pementasan dan pengurusan seni, serta bidang baru dan akan datang dalam seni gunaan.

Perincian lanjut mengenai beberapa lagi tawaran bagi tahun akademik 2024 serta yuran tuisyen akan diumumkan kelak.

MOE mengesahkan pada Selasa bahawa kampus baru tidak akan dibina bagi universitu baru tersebut.

"Para pelajar boleh menjangkakan pengalaman yang sama, di LASALLE dan NAFA, lebih peluang untuk belajar menerusi pelbagai modul rentas kolej, elektif bersama, perkhidmatan sokongan pelajar yang dipertingkat, dan akses baru kepada sumber dan kemudahan yang dikongsi bersama," jelas MOE.

Buat masa ini, LASALLE dan NAFA memberi ijazah sarjana muda bersama universiti luar yang terkenal termasuk Goldsmiths dan Kolej Muzik Royal serta Universiti Seni London. Malah, program tersebut diberi subsidi oleh MOE.

Di bawah perikatan tersebut, LASALLE akan anugerahkan ijazah sarjana muda dari UAS bermula kohort 2024.

Sementara itu, pengambilan kohort terakhir di NAFA di bawah program sarjana muda yang disahkan Universiti Seni London dan Kolej Muzik Royal, bakal diambil pada tahun akademik 2025.

NAFA turut mengumumkan rancangan program sarjana muda yang baru di bawah nama UAS menjelang 2024.

Nama universiti baru tersebut diputuskan secara bersama oleh NAFA dan LASALLE susuli "rundingan yang meluas" dengan pihak berkepentingan termasuk kakitangan, alumni dan pelajar.

Sekitar 2,500 pelajar berdaftar setakat ini di kedua-dua LASALLE dan NAFA, dalam program sarjana muda dan diploma.

PELBAGAI LALUAN BAGI EKONOMI MASA DEPAN

Ekonomi Singapura masa depan akan memerlukan bakat bukan sahaja dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, atau STEM, bahkan disiplin termasuk seni dan kemasyarakatan, kata MOE semasa taklimat pada Selasa (30 Ogos).

MOE turut mengiktiraf laluan berbeza bagi mereka yang mempunyai kebolehan yang berlainan, dan betapa pentingnya mewujudkan pelbagai laluan sedemikian.

Pengambilan kerja bagi siswazah dari institusi seni juga amat memberasangkan, tambahnya

Mulai 1 Sep 2022, lembaga pemegang amanah UAS akan diketuai Encik Jose Isidro Camacho. Lembaga pengarah melantik Profesor Kwok Kian Woon sebagai naib canselor dan ketua eksekutif pertama universiti itu.

"UAS boleh menjadi institusi pengajian tinggi yang sangat istimewa, mengubah pendidikan seni dan memberi tenaga kepada landskap budaya dan ekonomi kreatif kita," kata Prof Kwok.

"Artis kami, yang juga pendidik pada masa yang sama, mempunyai banyak pengalaman untuk ditawarkan kepada generasi artis dan warga kreatif yang akan datang."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita