Universiti perlu main peranan lebih aktif jana inovasi, kata Chan Chun Sing
SINGAPURA: Inovasi adalah anak kunci bagi memperluaskan kemampuan dan kapasiti negara ini untuk mengekalkan daya saingnya.
Menteri Pendidikan Chan Chun Sing yang berkata demikian juga menggesa universiti-universiti supaya memainkan peranan lebih lebih aktif dalam tiga tunggak utama inovasi, iaitu Teknologi, Keterhubungan dan Dasar.
Ini demi memastikan kedudukan dan pengaruh Singapura terus berkembang.
Beliau berkata demikian semasa berucap di siri ceramah Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Isnin (26 Sep).
Encik Chan menekankan universiti-universiti tempatan mesti menerajui usaha penyelidikan dan inovasi.
Malah, institusi-institusi itu perlu melakukan lebih daripada itu dengan menterjemahkan kemahiran agar menjadi sebuah perusahaan yang meningkatkan pasaran Singapura.
Tambah Encik Chan, universiti-universiti juga boleh membantu dalam soal kekurangan bakat dengan menjadi wadah bagi bakat-bakat merata dunia bekerja, belajar dan mencipta idea baru.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.