Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Unit Respons Khas SCDF kaji generasi teknologi seterusnya sempena ulang tahun ke-20

Anggaran Waktu Membaca:
Unit Respons Khas SCDF kaji generasi teknologi seterusnya sempena ulang tahun ke-20

Gambar: Facebook/Singapore Civil Defence Force (SCDF)

SINGAPURA: Unit Respons Khas Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF)
dikerah ke lebih 100 tempat kebakaran dan melakukan 70 usaha menyelamat serta 30 kejadian yang melibatkan ramai mangsa, sejak 2020.

Tahun ini, unit pakar itu meraikan ulang tahunnya yang ke-20.

Unit itu kini menggunakan banyak teknologi untuk meningkatkan keupayaan operasinya.

Antaranya adalah jentera utama Unit Respons Khas SCDF (SRU).

Kenderaan Dekontaminasi Besar-Besaran (MDV) tersebut dikerah semasa berlaku kecemasan seperti serangan kimia.

Para mangsa dapat membersihkan diri mereka di kenderaan tersebut sebelum dihantar ke hospital.

Ada juga ruang untuk mangsa yang tidak sedarkan diri atau tidak mampu bergerak.

Mereka akan dibersihkan dan diperiksa jika tercemar bahan berbahaya.

SRU dilatih untuk siap siaga bagi sesuatu insiden di acara-acara besar seperti F1 Grand Prix Singapura yang bakal menjelang.

Bagi membantu anggota bomba yang terlibat dalam operasi memadam api yang lama dapat pulih dengan lebih baik, SRU juga mempunyai satu lagi kenderaan khas.

Para anggota bomba yang mengalami risiko tinggi dengan simptom seperti tidak sedarkan diri mahupun kes kurang serius seperti suhu badan yang tinggi dapat memanfaatkan kenderaan tersebut.

Dalam kejadian melibatkan ramai mangsa cedera pula, SRU juga mempunyai kenderaan automatik.

SRU merancang untuk mempunyai enam kenderaan sedemikian di dua pangkalannya.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan