Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Unit Penyelam Tentera Laut S'pura raikan ulang tahun ke-50

Unit penyelam tempur elit Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN) menyusun semula pembentukannya untuk memperkukuh respons terhadap ancaman yang semakin bertambah sulit dan tidak mengikut kelaziman.

Anggaran Waktu Membaca:
Unit Penyelam Tentera Laut S'pura raikan ulang tahun ke-50

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 09 Dec 2021 09:55PM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 09:56PM

SINGAPURA: Unit penyelam tempur elit Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN) menyusun semula pembentukannya untuk memperkukuh respons terhadap ancaman yang semakin bertambah sulit dan tidak mengikut kelaziman.

Demikian menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini (9 Dis).

Unit Penyelam Tentera Laut (NDU) yang disusun semula itu terdiri daripada enam unit dan akan bertanggungjawab membangunkan keupayaan dalam bidang-bidang seperti keselamatan di bawah permukaan air, penghapusan kelengkapan bahan letupan di bawah permukaan air dan operasi membanteras pengganasan maritim.

Kemahiran-kemahiran utama seperti keupayaan menawan seluruh kapal musuh juga akan diselaraskan di bawah NDU untuk menyokong operasi khas dalam kawasan maritim.

Penyusunan semula NDU dibuat sedang unit itu meraikan ulang tahun ke-50 dalam satu perbarisan di Sembawang Camp hari ini.

Berucap di acara itu, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata teknologi dan kepakaran adalah penting untuk meluaskan jangkauan kemahiran dan keupayaan unit itu, sama seperti Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Beliau mengetengahkan penggunaan kenderaan kawalan jauh oleh NDU untuk mencari dan mengesan ancaman letupan di bawah permukaan air serta kapal-kapal pertempuran baru yang dilengkapi dengan sistem senjata kawalan jauh dan peralatan komunikasi.

"Sedang cabaran keselamatan meluas termasuk ancaman Zon Kelabu, NDU berjaya membuat penyesuaian dengan menggunakan sistem-sistem senjata tidak membawa maut seperti TASERs, belantan dan penyembur lada bagi mengehadkan kebinasaan lingkungan," katanya.

Dalam ucapannya, Dr Ng juga memuji tahap profesionalisme NDU dan mengucapkan terima kasih kepada para anggota atas sumbangan mereka.

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa