Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Unit Marin SCDF tingkatkan keupayaan dengan ibu pejabat & aset baru sempena ulang tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Apr 2022 07:24PM Dikemas Kini : 01 Apr 2022 10:01PM

SINGAPURA: Balai Bomba Marin Punggol dijangka dapat mempercepat masa bertindak bagi sebarang kecemasan maritim.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura SCDF turut mahu meningkatkan sokongan dan kawalan ke atas kesemua unit Balai Bomba Marin dan Pos Bomba.

Maka itu, ibu pejabat divisyen marin bakal dipindahkan ke Pulau Brani, dan dijangka mula beroperasi pada 2025.

Divisyen Marin SCDF turut merancang untuk menambah jumlah armadanya kepada sepuluh buah kapal menjelang 2029, bagi meningkatkan keupayaan melawan kebakaran dan operasi menyelamat.

Antaranya, Kapal Kebakaran Besar atau HFV.

Ia berupaya mengepam air untuk mengisi sebuah kolam renang saiz olimpik dalam masa hanya 10 minit.

Bagi meraikan ulang tahun ke-10 divisyen tersebut, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Dr Muhammad Faishal Ibrahim mengiktiraf dedikasi para pegawai perintis unit itu.

Dr Faishal menambah, keupayaan tindak balas kecemasan boleh dipertingkat dengan teknologi tanpa pemandu.

Sumber : CNA/IQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan