Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Unit HDB Telok Blangah terbakar, 50 penduduk dipindahkan

Anggaran Waktu Membaca:
Unit HDB Telok Blangah terbakar, 50 penduduk dipindahkan

(Gambar: Mizanur Rahman/Facebook)

SINGAPURA: Sekitar 50 penduduk dipindahkan daripada blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Telok Blangah pada pagi Rabu (3 Ogos) oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) sebagai langkah berjaga-jaga menyusuli kebakaran di sebuah unit di blok tersebut. 

Dalam hantaran ke Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan tentang kebakaran di Blok 92B Telok Blangah Street 31 sekitar pukul 11.40 pagi. 

Apabila SCDF tiba, kebakaran itu dilihat sedang marak dan kepulan asap tebal dilihat keluar dari unit di tingkat 11. 

Pegawai bomba dari stesen Alexandra memecah masuk unit tersebut dan memadamkan api menggunakan dua jet air. 

"Akibat kebakaran itu, seluruh unit berkenaan terjejas dan mengalami kerosakan disebabkan haba serta asap. Operasi untuk mengawal saki baki kebakaran daripada menyala semula sedang dijalankan," menurut SCDF. 

Tambah SCDF, seorang individu dinilai terhidu asap oleh paramedik SCDF, tetapi enggan dibawa ke hospital. 

Punca kebakaran masih disiasat, menurut SCDF. 

Dalam video yang dimuat naik ke Facebook oleh seorang pengguna bernama Mizanur Rahman, api dilihat menyelubungi unit berkenaan sedang kepulan asap tebal keluar daripadanya, menyaluti tembok-tembok luar blok HDB itu dengan jelaga hitam. 

Apabila video itu dibesarkan kepada unit yang terjejas, haba daripada kebakaran itu dilihat sudah memusnahkan tingkap unit tersebut. 

Orang awam turut dilihat berhimpun dan menyaksikan kebakaran tersebut.

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan