Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Undang-undang mungkin dipinda bagi bantu individu bekerja sendiri

Undang-undang mungkin dipinda untuk meningkatkan perlindungan bagi mereka yang bekerja sendiri dengan menawarkan khidmat untuk wadah-wadah online.

Anggaran Waktu Membaca:
Undang-undang mungkin dipinda bagi bantu individu bekerja sendiri

Gambar fail pemandu dan aplikasi sewa kereta privet Grab (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 15 Sep 2021 08:35PM Dikemas Kini : 15 Sep 2021 08:37PM

SINGAPURA: Undang-undang mungkin dipinda untuk meningkatkan perlindungan bagi mereka yang bekerja sendiri dengan menawarkan khidmat untuk wadah-wadah online.

Ini termasuk para pekerja penghantaran serta pemandu kereta sewa privet dan teksi.

Demikian antara matlamat Jawatankuasa Penasihat bagi Pekerja Khidmat Wadah Online yang mengadakan mesyuarat sulungnya hari ini (15 Sep).

Jawatankuasa tersebut menggariskan tiga bidang keutamaan, iaitu:

  1. Meningkatkan kemampuan untuk menabung bagi persaraan dan perumahan.
  2. Memastikan perlindungan kewangan yang memadai sekiranya berlaku kecederaan ketika bertugas.
  3. Mengukuhkan kuasa para pekerja untuk berunding dengan pihak syarikat.

Ini memandangkan mereka tidak boleh menubuhkan kesatuan sekerja kerana mereka bekerja sendiri.

Jawatankuasa penasihat itu juga mengakui bahawa isu-isu tersebut adalah rumit dan kepentingan berbagai pihak perlu diimbangkan.

Ia akan mendampingi syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat melalui wadah online serta para pekerja, sebelum dijangka selesai tugasan tersebut, menjelang separuh kedua tahun depan.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan