Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Undang-undang mungkin diperkenal tangani ancaman campur tangan asing dalam politik domestik

Undang-undang dijangka diperkenalkan lewat tahun ini sebagai respons kepada ancaman yang kian meningkat akibat campur tangan asing dalam politik domestik.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Mar 2019 08:57PM Dikemas Kini : 09 Mar 2019 09:17PM

SINGAPURA: Undang-undang dijangka diperkenalkan lewat tahun ini sebagai respons kepada ancaman yang kian meningkat akibat campur tangan asing dalam politik domestik.

Isu tersebut adalah tema utama perbahasan Jawatankuasa Peruntukan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) baru-baru ini dengan pemerintah prihatin akan implikasi campur tangan luar ke atas fabrik sosial Singapura.

Namun, bagaimana ia boleh ditangani dengan efektif dan secara menyeluruh?

Taktik-taktik campur tangan asing adalah berbahaya.

Perlahan tetapi pasti mempengaruhi sentimen hanya dari sebalik layar komputer.

Di luar negara, siasatan menunjukkan Rusia campur tangan dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada 2016.

Turut didakwa, ada pengaruh-pengaruh luar yang terlibat dalam Brexit.

Di dalam negeri pula, penggodam melakukan serangan siber ke atas Singhealth tahun lalu untuk mendapatkan maklumat sulit.

Terdapat juga komen-komen online yang kritikal terhadap Singapura semasa pertikian antara negara ini dengan Malaysia.

Para pakar menyatakan, taktik-taktik sedemikian cuba mewujudkan keadaan tidak stabil.

Cabarannya adalah, mengenal pasti elemen-elemen berbaur itu.

Pemerintah sudah mengenal pasti perundangan sebagai salah satu senjata berpotensi mengekang campur tangan asing.

Kini, ia sedang melihat bagaimana negara-negara lain mengatasi ancaman tersebut.

Namun begitu, undang-undang juga ada batasannya.

Misalnya, meskipun Akta Hasutan Singapura mengkehendaki seseorang sebagai bertanggungjawab ke atas catatan yang menghasut kebencian, adalah sukar untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut jika si pelaku melakukannya di luar negara.

Maka itu, pemerintah sedar bergantung kepada undang-undang sahaja bukanlah jawapannya.

Ia sudah mula bekerjasama dengan masyarakat untuk melindungi penduduk dari kesan kempen-kempen maklumat palsu.

Dengan campur tangan asing menjadi lebih ketara di era digital ini, para pemerintah, bukan sahaja Singapura, sedang meneroka bagaimana untuk menguruskan pergeseran secara lebih berhati-hati.

Para Anggota Parlimen di sini dijangka membahaskan undang-undang baru dalam respons kepada ancaman itu pada lewat tahun ini. 

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan