Undang-undang larang pecat pekerja lanjut usia harus dikekalkan, tegas Presiden Halimah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menzahirkan sokongan beliau kepada undang-undang yang melarang pekerja dipecat disebabkan usia tua mereka.
Beliau berkata ia harus dikekalkan, meskipun di Parlimen ia dikhuatiri ibarat "senjata makan tuan" dan sebaliknya mungkin gagal menepati sasarannya.
Merujuk kepada Akta Persaraan dan Pengambilan Bekerja Semula dalam satu catatan Facebook pada Jumaat (7 Okt), Presiden Halimah berkata: "Saya berharap undang-undang itu tidak akan digubal untuk memansuhkannya kerana ia akan menjadikan undang-undang tersebut tidak bermakna."
Beliau juga berkata Akta tersebut "kerap dirujuk tetapi ia kekal sebagai undang-undang yang sebahagian besarnya sering disalah tafsir".
Di bawah undang-undang, majikan dikehendaki menggajikan semula pekerja yang layak, yang sudah mencecah usia persaraan iaitu 63 tahun, hingga usia pengambilan bekerja semula, 68 tahun.
Kata Puan Halimah: "Untuk memastikan syarikat-syarikat tidak terlepas daripada undang-undang ini dan memberhentikan seorang pekerja lanjut usia sebelum dia mencecah usia persaraan, undang-undang menggariskan bahawa ia adalah satu kesalahan untuk majikan berbuat sedemikian.
"Namun, ia tidak menjejas keupayaan majikan untuk memberhentikan seorang pekerja lanjut usia disebabkan sebarang salah laku atau kekurangan keupayaan atau sebab-sebab lain yang sah berhubung prestasi tugasnya tidak mengira usia."
Beliau juga menjelaskan bahawa beliau "terlibat dalam Akta usul yang diluluskan buat pertama kali dalam sejarah Singapura untuk menetapkan usia minimum persaraan".
Sebagai seorang siswazah, Puan Halimah bekerja dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) selama 33 tahun dan berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Agung NTUC antara 2007 hingga 2011.
Pada 1993, Akta Usia Persaraan diluluskan, yang menetapkan usia persaraan sebagai 60 tahun.
"Sebelum itu, orang ramai lazimnya bersara pada usia 55 tahun atau, bagi pekerja di bawah kesatuan, pada 60 tahun di bawah persetujuan-persetujuan bersama. Dengan pasaran buruh semakin menguncup, ia tidak boleh dikekalkan apabila orang ramai masih produktif dan boleh terus menyumbang. Justeru, undang-undang menggariskan usia persaraan minimum, 60 tahun," tambah Puan Halimah.
"Usia persaraan pada hari ini adalah 63 tahun. Majikan diberi kebebasan untuk membenarkan pekerja bersara pada usia yang lebih lanjut."
Kata Puan Halimah lagi, dengan syarat-syarat terbaru undang-undang itu sekarang, pendekatannya kekal sama bahawa ia tidak menjejas keupayaan majikan untuk memberhentikan seorang pekerja lanjut usia sekiranya pekerja itu kurang cekap atau terdapat sebab-sebab lain berhubung prestasi kerjanya.
"Undang-undang tersebut menyediakan mekanisme untuk menangani isu-isu yang timbul akibat perasaan tidak berpuas hati pekerja lanjut usia yang dipecat disebabkan usia dan dakwaan majikan bahawa sebab-sebabnya berhubung kait kerja.
"Ia adalah demi kepentingan pekerja dan majikan untuk mengekalkan undang-undang ini."
Presiden Halimah memberi respons kepada usul penangguhan yang dikemukakan Cik Jessica Tan di Parlimen pada Rabu (5 Okt).

Mediacorp sudahpun menghubungi Cik Tan untuk komennya.
Sumber : Today/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.