Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Undang-undang langkah pengurusan selamat dilanjutkan setahun lagi

Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Koh Poh Koon, berkata langkah itu akan membantu Singapura agar kekal tangkas dan mampu membuat penyesuaian sejajar dengan perkembangan pandemik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Mar 2022 09:01PM Dikemas Kini : 11 Mar 2022 10:07PM

SINGAPURA: Singapura melanjutkan undang-undang yang membolehkan pelaksanaan Langkah-Langkah Pengurusan Selamat (SMM) selama setahun lagi.

Sebilangan Anggota Parlimen (AP) mempersoalkan sama ada larangan-larangan itu masih perlu dikuatkuasakan memandangkan keadaan kini bertambah baik.

Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Koh Poh Koon, berkata langkah itu akan membantu Singapura agar kekal tangkas dan mampu membuat penyesuaian sejajar dengan perkembangan pandemik.

Dr Koh berkata setiap varian yang diperhatikan dalam dua tahun lalu mempunyai ciri-ciri dan sifat berbeza antara satu sama lain.

"Lantaran itu, tiada satu-satunya kayu ukur yang boleh dijadikan sandaran dan kita perlu kekal tangkas serta mengambil kira kesemua faktor dalam melakarkan mana-mana sekatan," katanya di Parlimen pada Jumaat (11 Mac).

"Seperti saya katakan dalam ucapan pembukaan saya, kita mengambil pendekatan bersama berhubung langkah-langkah kawalan dan sudahpun membuat penyesuaian bertahap-tahap kepada SMM sejajar dengan perkembangan situasi COVID," tambahnya.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan