Undang-undang, dasar pemerintah harus diperhalusi demi capai visi Negara Bijak, kata Janil Puthucheary
Undang-undang dan dasar perlu diperhalusi sedang Singapura beralih ke sebuah Negara Bijak dengan selamat.
SINGAPURA: Undang-undang dan dasar perlu diperhalusi sedang Singapura beralih ke sebuah Negara Bijak dengan selamat.
Menurut Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan, Dr Janil Puthucheary, meskipun terdapat keprihatinan tentang risiko keselamatan siber, manfaat yang boleh diraih daripada Negara Bijak adalah terlalu besar untuk tidak diendahkan.
Pada Julai lalu, data 1.5 juta pesakit dicuri dalam satu serangan siber paling dahsyat yang pernah dialami Singapura.
Kejadian itu mencetuskan beberapa persoalan tentang daya usaha Negara Bijak Singapura, dengan beberapa usaha ditangguhkan sedang pihak berkuasa memeriksa potensi kelemahan yang ada.
Dr Janil Puthucheary, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi daya usaha GovTech, berkata satu jawatankuasa peringkat tinggi yang dibentuk untuk menyiasat serangan siber ke atas SingHealth, dijangka mengumumkan dapatannya pada hujung tahun ini.
Namun apa yang jelas, dasar-dasar pemerintah harus diubah suai untuk mengatasi sebarang risiko.
Dr Janil menegaskan usaha Negara Bijak tentu saja ada risiko tetapi tidak seharusnya menghalang pemerintah daripada meneruskannya.
Dengan manfaat khidmat pemerintah yang cekap dan teknologi yang membantu daya penghasilan syarikat, ia tentu saja amat dialu-alukan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.