Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Undang-undang baru tangani kepalsuan online lebih elok berbanding meminda yang sedia ada

Rang Undang-undang baru bagi membanteras berita palsu akan membolehkan pihak berkuasa menangani dengan tepat dan cepat, kepalsuan online, di samping memberi mahkamah lebih banyak kuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Undang-undang baru tangani kepalsuan online lebih elok berbanding meminda yang sedia ada

Menteri Undang-undang, merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 07 May 2019 10:22PM Dikemas Kini : 07 May 2019 10:25PM

SINGAPURA: Rang Undang-undang baru bagi membanteras berita palsu akan membolehkan pihak berkuasa menangani dengan tepat dan cepat, kepalsuan online, di samping memberi mahkamah lebih banyak kuasa.

Menteri Undang-undang, merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam memberi jaminan kepada parlimen, bahawa undang-undang baru itu akan mengurangkan kuasa pemerintah, jika dibandingkan dengan undang-undang yang ada sekarang.

Encik Shanmugam berkata pindaan yang disarankan akan memberi pemerintah kuasa untuk melaksanakan langkah-langkah seperti mengarahkan wadah-wadah online supaya membetulkan atau menurunkan rencana atau memotong hasil pengiklanan bagi kesalahan berulang.

Menurutnya undang-undang membanteras kepalsuan online bukanlah baru.

Pada masa ini, undang-undang yang ada membolehkan pemerintah mengeluarkan arahan bagi menurunkan bahan yang tidak menyenangkan berdasarkan kepentingan awam, dan penyebaran berita palsu sudahpun dijadikan satu jenayah.

Encik Shanmugam berkata perubahan pada rang undang-undang perlu bagi membanteras kepalsuan online dengan lebih berkesan lagi.

"Pemerintah memutuskan, undang-undang baru perlu dengan kuasa lebih berkurangan berbanding undang-undang yang ada sekarang. Perubahan itu memberi tumpuan kepada kepalsuan online dengan penyelesaian yang dikalibrasi serta menyediakan pengawasan kehakiman yang lebih besar terhadap tindakan eksekutif.

"(Ia) dilakarkan khas untuk Internet dan tidak bergantung pada undang-undang yang ada dan bagi menangani khususnya kepalsuan online berbanding bidang-bidang lebih luas," menurut Encik Shanmugam.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan