Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Undang-undang baru diluluskan, hukuman lebih berat bagi kesalahan miliki dadah

Anggaran Waktu Membaca:
 Undang-undang baru diluluskan, hukuman lebih berat bagi kesalahan miliki dadah

Dadah yang dirampas CNB pada 13 Mac 2023. (Gambar: CNB)

SINGAPURA: Parlimen pada Selasa (21 Mac) meluluskan pindaan kepada undang-undang dadah Singapura yang akan mengenakan denda lebih berat ke atas para pesalah yang memiliki jumlah besar dadah terkawal Kelas A tertentu, seperti kokain atau ganja.

Satu lagi perubahan utama adalah pengenalan rangka kerja undang-undang bagi memerangi bahan psikoaktif baru - yang mempunyai kesan sama atau serupa seperti dadah terkawal - dengan cara lebih berkesan.

Ini bermakna bahan sedemikian diharamkan berdasarkan kapasitinya untuk mewujudkan kesan psikoaktif, berbanding struktur molekularnya.

Pembekal dadah diketahui merubah struktur molekular bahan psikoaktif baru mengikut apa yang belum lagi dikawal undang-undang, menurut Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim kepada Dewan.

Dua pindaan utama itu bertujuan menangani "trend yang kian meningkat bagi keadaan dadah tempatan", termasuk kenaikan dalam jumlah penggunaan dadah dalam kalangan belia, kata Dr Faishal.

Pada Selasa, tujuh Anggota Parlimen lain tampil berucap mengenai Rang Undang-Undang Penyalahgunaan Dadah (Pindaan) dan Rang Undang-Undang Perlembagaan Republik Singapura (Pindaan), yang diusulkan di parlimen sebulan lalu.

BAHAN PSIKOAKTIF

AP Zhulkarnain Abdul Rahim (PAP-Chua Chu Kang) serta Derrick Goh dan Louis Ng (PAP-Nee Soon) mahu mendapat penjelasan dalam membolehkan penggunaan sah bahan psikoaktif.

Seseorang suspek itu kini memikul beban untuk membuktikan mereka memiliki bahan psikoaktif bagi tujuan yang sah, selain daripada tujuan kegunaan manusia, dalam satu pertimbangan kemungkinan.

Ia mencukupi bagi pihak pendakwa untuk membuktikan bahan itu mempunyai kesan psikoaktif terhadap seseorang individu, yang juga serupa dengan anggapan badan berkanun bagi dadah terkawal.

HUKUMAN MEMILIKI DADAH

Dari segi menjatuhkan hukuman lebih berat kerana memiliki dadah pada skala besar, Dr Faishal berkata hukuman sedia ada tidak dibezakan mengikut jenis atau jumlah dadah terkawal yang terlibat.

Sebelum ini, hukuman maksimum atas kesalahan memiliki sebarang dadah terkawal, tidak kira berapa beratnya, adalah penjara 10 tahun atau denda sehingga $20,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekarang ini, para pesalah boleh dikenakan sebatan bergantung kepada jumlah dadah yang mereka miliki.

Hukuman minimum mandatori juga sudah ditetapkan.

Lapan dadah terkawal yang terangkum di bawah hukuman itu ialah ganja, campuran ganja, resin ganja, kokain, diamorphine (heroin asli), methamphetamine, morfin dan candu.

Kesemua dadah tersebut "memiliki potensi terbesar untuk menyebabkan bahaya serius dalam konteks tempatan kami", kata Dr Faishal.

Sekalipun demikian, beliau berkata ini tidak menjejas dasar MHA untuk menghantar pesalah guna dadah, yang mengambil dadah dan juga berdepan hukuman berkaitan dadah lebih ringan seperti memiliki jumlah kecil dadah, kepada Pusat Pemulihan Dadah berbanding penjara.

Sumber : CNA/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan