Undang-undang baharu lindungi pekerja dari diskriminasi diperkenal 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura hampir mempunyai undang-undang baharu bagi melindungi pekerja daripada amalan diskriminasi di tempat kerja.
Ini setelah 20 saranan yang dikemukakan Jawatankuasa Tiga Pihak bagi Keadilan di Tempat Kerja diterima Pemerintah hari ini (4 Ogos).
Ini adalah lima perkara yang perlu anda tahu tentang Undang-Undang Keadilan di Tempat Kerja yang dijangka diperkenal pada Julai 2024.
Pertama, pekerja akan dilindungi dari lima jenis diskriminasi di tempat kerja.
Iaitu umur, kerakyatan, jantina, kaum dan agama, serta ketidakupayaan atau masalah kesihatan mental.
Perlindungan diberikan di semua tahap dari proses pengambilan kerja hingga mereka bersara.
Kedua, perantaraan diutamakan semasa ingin menghuraikan sebarang masalah.
Namun, sekiranya tiada pilihan lain, kes itu boleh dibawa ke Tribunal Tuntutan Pekerjaan.
Majikan yang didapati bersalah dikehendaki membayar pampasan sehingga $20,000 atau hak istimewa pas kerja mereka boleh digantung.
Selain itu, identiti majikan berkenaan mungkin didedahkan.
Ketiga, pekerja dilindungi daripada tindakan balas majikan kerana melaporkan diskriminasi.
Tindakan penguatkuasaan diambil ke atas majikan yang 'menghukum' pekerja.
Keempat, dua golongan pekerja dikecualikan.
Ini bermakna majikan boleh memberi layanan istimewa kepada warga emas berusia 55 tahun dan ke atas serta golongan kurang upaya (OKU).
Satu makluman juga akan dikeluarkan kepada majikan untuk menyokong OKU di tempat kerja.
Ini adalah sebahagian usaha ke arah membina tempat kerja yang harmoni.
Majikan yang adil akan mempunyai satu pasukan pekerja yang lebih produktif, tempat yang lebih harmoni dan berupaya memikat dan mengekalkan bakat, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan yang lebih kukuh dan lebih baik.
Draf undang-undang itu dijadual dibentangkan di Parlimen tahun depan, tetapi ia sesuatu yang akan terus disemak dan dikemas kini.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.