Undang-undang baharu bakal lindungi pekerja daripada diskriminasi kaum, agama
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: IPS)
SINGAPURA: Pengenalan undang-undang keadilan tempat kerja yang akan dibentangkan di parlimen menandakan bahawa diskriminasi pengambilan pekerja berkait kaum atau agama tidak boleh diterima.
Demikian ditekankan Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Isnin (1 Jul).
"Ia memerlukan majikan untuk tidak mendiskriminasi pekerja berdasarkan ciri-ciri yang dilindungi di bawah undang-undang, termasuk bangsa, agama dan bahasa, dan kami merancang untuk memperkenalkannya di parlimen tahun ini," katanya.
Encik Shanmugam berkata demikian di Forum mengenai Permusuhan Etnik Tanpa Keganasan Institut Kajian Dasar (IPS)-Kementerian Dalam Negeri (MHA).
Undang-undang yang diusulkan itu pertama kali disebut oleh Perdana Menteri ketika itu, Lee Hsien Loong, dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan 2021.
Disifatkan sebagai "undang-undang penting", Encik Shanmugam memberi amaran bahawa terdapat tindakan jika majikan melanggarnya.
Beliau menekankan bahawa Singapura mempunyai undang-undang yang tegas terhadap hasutan kebencian kaum dan agama, termasuk pendekatan tegas terhadap ucapan kebencian.
PENDEKATAN SOSIO-EKONOMI
Encik Shanmugam menekankan pentingnya peluang saksama, tidak kira bangsa, bahasa atau agama.
"Jika seseorang percaya bahawa mereka dipinggirkan daripada sistem disebabkan warna kulit atau agama mereka, akhirnya ansa (majikan) akan berdepan masalah," katanya.
Ini merangkumi perumahan, pendidikan, jagaan kesihatan, dasar dan perkhidmatan awam, tambahnya.
Encik Shanmugam berkata pemerintah Singapura sudah mengambil tindakan "tegas" demi memastikan perpaduan sosial dijaga - menerusi cara-cara yang "tidak boleh diterima di kebanyakan negara lain, di mana pendekatannya lebih bersikap lepas tangan".
Encik Shanmugam memetik contoh Dasar Integrasi Kaum (EIP) di estet perumahan awam, dengan menarik perhatian bahawa Singapura adalah "satu-satunya pemerintah di dunia" yang mempunyai dasar untuk memastikan tiada kawasan perumahan yang dihuni oleh satu kaum sahaja.
BERBEZA DENGAN NEGARA LAIN
Beliau berkata bahawa Singapura "sangat berbeza" dari segi hubungan etnik dan sudah dapat mengelak masalah-masalah yang disaksikan di tempat lain.
Dalam tempoh lima tahun lalu, polis menyiasat 199 kes kesalahan berkait kaum dan agama. Ini kira-kira 40 kes setahun, tambahnya.
Encik Shanmugam menggesa rakyat Singapura supaya tidak meremehkan pengalaman di negara lain, di mana keganasan berpunca daripada ketegangan kaum.
BAGAIMANA RESPONS SINGAPURA
Encik Shanmugam berkata bahawa kejadian di tempat lain mungkin menimbulkan cabaran kepada pendekatan Singapura terhadap isu berkait kaum dan agama di negara ini.
Dalam konflik Rusia-Ukraine, maskipun "faktanya jelas", bahawa Rusia adalah penceroboh dan Ukraine mangsanya, masih terdapat segolongan individu di dunia dan di Singapura yang berpendapat sebaliknya.
Teknologi dan media sosial membolehkan ucapan kebencian disebarkan dengan lebih pantas dan mendapat perhatian yang lebih luas berbanding sebelum ini, serta maklumat yang tidak benar, kata menteri itu.
“Kita adalah masyarakat yang sangat terbuka dan celik digital. Teknologi mempengaruhi kehidupan kita. Ramai anak muda Singapura menghabiskan lebih banyak masa secara online di media sosial daripada berinteraksi dengan masyarakat dan jiran mereka. Ia adalah fenomena yang berlaku di seluruh dunia,” tambahnya.

Sumber : CNA/AE/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.