Skip to main content

Singapura

Undang-undang baharu bagi banteras jenayah online dengan lebih berkesan berkuat kuasa 1 Feb

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Jan 2024 06:52PM Dikemas Kini : 30 Jan 2024 10:35PM
SINGAPURA: Undang-undang baharu yang memberi pemerintah lebih banyak kuasa menangani dengan lebih baik lagi aktiviti jenayah online, akan mula berkuat kuasa pada Khamis (1 Feb).

Keutamaannya adalah menyekat lelaman penipuan online dan aktiviti-aktiviti online berbahaya.

Ia kemudian akan diperluas untuk meliputi kesalahan.

Akta Bahaya Jenayah Online itu diluluskan Parlimen tahun lalu.

Undang-undang baharu itu melibatkan pembekal perkhidmatan online seperti mesin pencari, lelaman e-dagang dan lelaman perbankan online.

Pihak berkuasa boleh mengarahkan penyedia khidmat supaya menghapuskan sesuatu catatan, membekukan akaun atau menyekat akses kepada domain web berkenaan.

Seseorang individu juga boleh diarah untuk berhenti berkongsi catatan tertentu, sementara 'App Store' boleh diarah supaya menarik balik aplikasi atau berhenti mengedarkannya.

Jika arahan-arahan tersebut tidak dituruti, pihak berkuasa boleh mengeluarkan arahan untuk menyekat akses kepada perkhidmatan itu, ataupun sebahagian daripadanya.

Mereka yang dikenakan arahan tersebut masih boleh membuat rayuan.

Jika rayuan tersebut gagal, mereka masih boleh membuat rayuan kedua kepada sebuah Tribunal Semakan untuk pertimbangan semula.
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita