Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Umur 87 tahun baru bersara, majlis perpisahan gamit rasa terharu dan syukur

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tempat kerja merupakan ‘rumah’ kedua bagi kebanyakan pekerja. Mereka menghabiskan tempoh yang lama dalam sehari di tempat kerja.

Lantaran itu, suasana tempat kerja yang positif membuatkan ramai yang bertahan lama.

Sebagaimana perkongsian menerusi TikTok milik akaun Afiq Raffali berkongsi video majlis perpisahan seorang pekerja veteran berusia 87 tahun yang bakal bersara, lapor Keluarga MY.

Majlis ringkas tetapi meriah itu yang diadakan bersama rakan-rakan sebagai menghargai perkhidmatam lelaki itu yang digelar ‘uncle’.

Kelihatan ‘uncle’ terharu dengan sambutan itu yang diadakan pada 31 Oktober bersempena hari terakhir pekerja tersebut sebagai seorang kakitangan di restoran makanan segera di Singapura.

“Nama uncle tersebut Ngew Cheng tapi kami selalu panggil dia uncle saja," kata Encik Afiq.

“Dia kerja tak lama, dalam lapan bulan tapi kami tak sampai hati nak suruh dia teruskan kerja sebab umur dia, jadi kami buat 'farewell retirement' untuknya sebagai tanda menghargai dia.”

“Majlis itu idea bos saya, Encik Vel dan dia adalah pengurus restoran tempat saya bekerja. Dalam video semua adalah pasukan pengurusan," tambahnya.

Ternyata, 'uncle' tidak menyangka majlis itu diadakan buat dirinya. Encik Afiq berkata mereka memberi nasihat kepada 'uncle' untuk menjaga kesihatan diri dan berehat di rumah, seperti dipetik daripada laporan Keluarga MY.

Menurut Afiq, yang berasal dari Kulai, Johor dan sudah lapan tahun mencari rezeki di Singapura, ia adalah perkara biasa bagi rakyat Singapura yang bekerja pada usia warga emas.

“Uncle kerja syif malam, lazimnya malam yang kerja ialah rakyat Malaysia dan semua adalah golongan yang lahir pada tahun 1990-an.”

“Mereka selalu tolong uncle atau nasihat uncle jangan angkat barang berat. Satu benda yang kami rindu tentang uncle adalah uncle hari-hari lupa tempat nak 'punch card' dekat mana," kata Afiq lagi.

Siapa yang tidak sebak apabila melihat orang tua yang sudah berusia lebih 80 tahun masih tetap bekerja. Namun mujur mempunyai rakan-rakan sekerja yang baik dan menghormati orang tua.
Sumber : BERITA Mediacorp/AE/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan