Skip to main content

Singapura

UMNO perlu bersikap terbuka, lebih demokratik

Menurut beliau lagi, kredibiliti dan integriti UMNO yang perlu diperbaiki agar tidak dipersoalkan oleh rakyat.

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO perlu bersikap terbuka, lebih demokratik

(Gambar: Tengku Razaleigh/Facebook)

Diterbitkan : 28 Jun 2018 08:46AM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 08:50AM

IPOH: UMNO perlu bersikap terbuka dan lebih demokratik serta memperbaiki segala kelemahan mengikut kehendak anggotanya serta pengundi, kata calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata setiap pandangan yang dilontarkan oleh peringkat akar umbi perlu diteliti oleh pemimpin di setiap peringkat agar ia boleh menjadi asas penggubalan dasar dan sebagainya demi perjuangan parti.

Beliau atau lebih mesra dipanggil Ku Li, bercakap kepada para wartawan selepas sesi ramah mesra ‘Bersama calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah’ di Hotel Impiana di Ipoh pada Rabu (27 Jun) yang turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam pada itu, Ku Li yang juga anggota Parlimen Gua Musang berkata tujuan perjuangan UMNO tidak perlu disentuh kerana ia masih kekal sepertimana ditubuhkan pada tahun 1946.

Menurut beliau lagi, kredibiliti dan integriti UMNO yang perlu diperbaiki agar tidak dipersoalkan oleh rakyat.

Mengulas mengenai tindakan dua anggota parlimen di Perak umum keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN), Ku Li berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan berjumpa dengan mereka memandangkan tindakan mereka mengkhianati mandat yang diberikan.

Semalam anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan akan meninggalkan UMNO dan BN manakala anggota Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali turut mengambil tindakan yang sama pada Ahad lalu (24 Jun).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita