Skip to main content

Singapura

Umat Islam S'pura sambut Hari Raya Aidilfitri pada Selasa, 3 Mei

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 May 2022 07:29PM Dikemas Kini : 01 May 2022 11:58PM

SINGAPURA: Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Selasa (3 Mei), umum Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir pada Ahad (1 Mei).

Berikut teks perisytiharan penuh sambutan awal Syawal bagi negara ini:

"Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi dan tidak juga mencukupi syarat kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS.

"Ini bererti esok (2 Mei) adalah hari pencukup bulan Ramadan selama 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1443H iaitu Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Selasa (3 Mei).

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian Muslimin dan Muslimat di Singapura, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

"Saya memohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan.

"Semoga Allah s.w.t. menerima segala amal kebajikan kita sepanjang Ramadan dan sentiasa memelihara umat Islam Singapura dan pastikan anda terus berhati-hati ketika beraya nanti."


 

Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita