Umat Islam S'pura sambut Aidiladha pada 10 Jul
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Haji pada Ahad, 10 Julai 2022.
Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkan demikian dalam pengumuman sambutan awal Zulhijjah bagi tahun 1443 Hijrah.
Berikut adalah pengumuman penuh beliau bagi awal Zulhijjah dan Hari Raya Aidiladha:
Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah, anak bulan tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura setelah terbenam matahari petang tadi.
Ini bererti esok (30 Jun) adalah hari pencukup bulan Zulkaedah sebanyak 30 hari.
Oleh demikian, awal bulan Zulhijjah tahun 1443 Hijrah di negara kita Singapura, jatuh pada lusa, Jumaat bersamaan 1 Julai 2022 dan Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Ahad bersamaan 10 Julai 2022.
Selamat beribadah dalam bulan suci dan mulia Zulhijjah dan selamat menyambut Aidiladha dengan menghayati maksud dan tujuan pengorbanan.

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.