Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Umat Islam SG sambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, 10 April

Umat Islam Singapura menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, 10 April.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Umat Islam Singapura menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, 10 April.

Demikian diumumkan Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir pada Selasa (9 Apr).

Berikut teks perisytiharan penuh sambutan awal Syawal bagi negara ini:

"Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS, anak bulan Syawal berada di atas ufuk Singapura selama 32 minit setelah matahari terbenam petang tadi.

Oleh yang demikian, suka saya mengisytiharkan bahawa satu hari bulan Syawal tahun 1445H jatuh pada esok, Rabu bersamaan 10 April 2024.

Izinkan saya mengucapkan kepada sekalian umat Islam Singapura 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'. Semoga Allah s.w.t. menerima segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan dan mengurniakan kita keberkatan dan kejayaan pada Hari Raya ini."
Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan