Skip to main content

Singapura

Umat Islam SG sambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac 2025.

Demikian diisytiharkan oleh Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir dalam pengumuman awal Syawal bagi negara ini.

Berikut teks perisytiharan penuh sambutan awal Syawal bagi negara ini:

Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS, anak bulan Syawal berada di atas ufuk Singapura selama 48 minit setelah matahari terbenam petang tadi. Oleh yang demikian, sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Syawal pada tahun 1446H jatuh pada esok, hari Isnin bersamaan 31 Mac 2025.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian Muslimin Muslimat di Singapura, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Semoga pada Hari Raya ini, kita dianugerahkan keberkatan dan kemenangan hasil dari segala amal ibadah dan kebajikan yang telah kita usahakan sepanjang bulan Ramadan yang lalu.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita