Skip to main content

Singapura

Umat Islam SG sambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac.

Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkan demikian dalam pengumuman sambutan awal Syawal bagi Singapura.

Berikut ialah pengumuman penuh Dr Nazirudin bagi sambutan awal Syawal untuk negara ini:

Anak bulan Syawal berada terlalu rendah di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi dan tidak mungkin dapat dilihat, berdasarkan syarat kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS. Ini bererti esok adalah hari pencukup bulan Ramadan sebanyak 30 hari bagi kita di Singapura, dan awal bulan Syawal bagi tahun 1447H jatuh pada lusa, Sabtu bersamaan 21 Mac 2026.

Marilah kita mengambil peluang untuk memanfaatkan bulan Ramadan yang belum meninggalkan kita dengan menggandakan amal kebajikan dan doa. Semoga Allah s.w.t.
menerima segala amalan kita sepanjang bulan suci ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian Muslimin Muslimat Singapura: “Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri”. Semoga kita menyambut
kedatangan bulan Syawal dengan penuh kesyukuran serta memperkukuhkan lagi persaudaraan dan keihsanan sesama kita.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita