Umat Islam SG sambut Aidiladha pada 27 Mei
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Haji pada Rabu, 27 Mei.
Demikian isytihar Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan MUIS pada Ahad (17 Mei).
"Mengikut kiraan hisab, anak bulan Zulhijjah berada di atas ufuk Singapura setelah matahari terbenam petang tadi. Ini bererti hari ini adalah hari pencukup bulan Zulkaedah.
"Oleh yang demikian, awal bulan Zulhijjah bagi tahun 1447H jatuh pada esok, Isnin bersamaan 18 Mei 2026. Ini bermakna Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Rabu bersamaan 27 Mei 2026," kata Dr Nazirudin.
Dr Nazirudin juga mengajak umat Islam untuk menghidupkan hari-hari yang suci serta penuh keberkatan pada awal bulan Zulhijjah ini dengan memperbanyak ketaatan dan amal kebaikan.
Beliau turut mendoakan agar semua jemaah Haji dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang menunaikan ibadah di Tanah Suci.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.