Skip to main content

Singapura

Umat Islam SG mula berpuasa pada 2 Mac

Umat Islam di Singapura akan mula berpuasa pada Ahad ini, 2 Mac.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Umat Islam di Singapura akan mula berpuasa pada Ahad ini, 2 Mac.

Demikian diisytiharkan Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir.

Berikut ini adalah pengumuman awal Ramadan Ustaz Dr Nazirudin dan perutusan ringkas beliau sempena bulan puasa ini.

Mengikut kiraan hisab, ketika matahari terbenam petang tadi, iaitu pada 28 Februari 2025 bersamaan 29 Syaaban 1446H, bulan berada pada jarak lengkung 5.1 darjah dan ketinggian 4.3 darjah.

Kiraan ini tidak mencukupi kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS.

Oleh itu, anak bulan Ramadan tidak dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi, dan esok adalah hari penggenap bulan Syaaban
sebanyak 30 hari.

Sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal Ramadan pada tahun ini jatuh pada lusa, Ahad bersamaan 2 Mac 2025.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak.

Semoga kita dapat menggandakan segala amal kebajikan dalam bulan suci ini, dan Allah s.w.t. menerima segala kebaikan dan melimpah kurniakan rahmat dan pengampunannya bagi umat Islam Singapura sekalian.

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sumber : BERITA Mediacorp/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita